Saturday, February 12, 2011

Bagaimana untuk makan secara sihat? Ikutilah panduan Piramid Makanan!

  • Makan ikut amaun yang dicadangkan. Makanan yang terletak di aras lebih bawah harus dimakan dalam kuantiti yang lebih, berbandingkan makanan yang terletak di aras - aras yang lebih atas.
  •  Anda perlu makan secara seimbang. Makan kesemua lima kumpulan makanan tersebut setiap hari. Contohnya, janganlah anda makan nasi sahaja tanpa ayam atau sayur. Pada pagi hari, minumlah susu bersama roti.
  • Makan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Contohnya jangan pilih ayam sahaja setiap hari, tetapi bertukar - tukar dengan makanan lain dalam kumpulan itu, misalnya ikan.
  •  Makan secara sederhana, walaupun bagi makanan yang anda gemari.
  • Lemak, garam dan gula terletak di aras yang atas sekali dalam piramid makanan dan harus dikurangkan. Elakkan makanan yang telah digoreng dan yang manis - manis. Contohnya kerepek, keropok, minuman bergas ataupun minuman kordial.

No comments:

Post a Comment