Monday, February 14, 2011

Fakta Menarik Tentang Badan Manusia

TULANG


Jumlah tulang orang dewasa adalah kurang daripada jumlah tulang seorang bayi. Ketika dilahirkan, kita mempunyai jumlah tulang sebanyak 350 sahaja, tetapi semakin meningkat dewasa, tulang - tulang tersebut akan mula bercantum dan akhirnya, jumlah tulang orang dewasa hanya tinggal 206 batang sahaja.


LIDAH


Jangan sesekali menjelirkan lidah jika mahu identiti anda dirahsiakan. Ini kerana setiap manusia mempunyai corak lidah yang berlainan dan ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu pengenalan diri, sama seperti konsep ibu jari. Ha, mulai hari ini, jangan suka menjelir lidah , ya!


KULIT


Kulit di badan kita mempunyai kitaran hidup tersendiri. Oleh itu, setiap jam sebanyak 600 000 zarah atau partikel kulit mati akan gugur dari badan kita. Jumlah berat zarah kulit mati yang gugur dalam tempoh setahun adalah 1.5 paun. Secara puratanya, apabila seseorang telah mencecah usia 70 tahun, 105 paun kulit mati telah gugur dari badan. Wah banyaknya!


HIDUNG


Hidung manusia mungkin tidak sepeka anjing tetapi hidung manusia boleh mengingati 50 000 jenis bauan. Isy, hebat juga, ya!


USUS


Kepanjangan usus kecil adalah empat kali ganda lebih panjang daripada ketinggian purata orang dewasa. Oleh itu, jika usus diluruskan, panjang sebenar usus adalah di antara 18 hingga 23 kaki. Wow, sangat panjang tu!



No comments:

Post a Comment