Thursday, February 10, 2011

Sajak Hormati Ibu Bapa

Kalau hendak jamu makan,
Sila basuh tangan,
Jangan lupa ibu berpesan,
Supaya anak menjaga kebersihan,
Anak abaikan pesanan,
Lalu sakit sungguh kasihan.

Bapa susah payah bekerja,
Anak lupa hendak berbudi bahasa,
Semasa kecil anak tidak menghormati ibu dan bapa,
Sudah besar anak tidak mengenang jasa.

Ibu bapa sedih di dalam hati,
Rasa perit di dalam hati,
Tapi masih menganggap anak - anak malaikat suci.
Pendam dukacitanya di dalam hati,
Mengenang susah payahnya demi anak yang disayangi.

Kata orang tua - tua,
Hormatilah ibu bapa,
Walaupun sudah besar,
Jangan sesekali abaikan mereka,
Kerana itu tabiat anak derhaka,
Jangan sesekali membuat dosa.


No comments:

Post a Comment